AlQuran.

*BERAPA KALI SE-ELOKNYA BACA ALQURAN SEHARI*?

Dari Ustaz Dusuki Abdul Rani:
“Berapa kali kita kena baca Al-Quran dalam sehari?Kita kena baca Al-Quran sebanyak bilangan kita makan dalam sehari.Kita makan untuk jasad yang akan mereput suatu hari nanti, tetapi kita baca Al-Quran untuk roh yang akan terus hidup”.

“Rasulullah s.a.w menceritakan dalam hadith baginda bahawa tatkala kematian berlaku pada seorang anak Adam, Al-Quran akan mula keluar dari jasadnya dan berada pada hujung kepalanya dengan syarat apabila Al-Quran dibaca setiap hari sebelum subuh.Apabila jasad kita dimandikan dan dikafankan, Al-Quran akan duduk diantara dada dan kain kafan yang membalut jasad kita sehingga diusung ke kubur.Apabila turun ke liang lahad dan dikebumikan sampai paras lutut, malaikat Munkar & Nakir akan bergerak ke hadapan wajah kita dan menghalau amalan-amalan seperti solat, puasa,zakat,haji.Tetapi hanya satu sahaja malaikat tak boleh halau iaitu amalan membaca Al-Quran sebelum subuh.”

“Al-Quran yang dibaca sepanjang hidup kita akan menjadi peguam bela untuk menjawab soalan-soalan malaikat Munkar & Nakir yang diajukan pada kita.Oleh itu, hiduplah dengan Al-Quran setiap hari dan jangan biarkan Al-Quran hanya menjadi hiasan di rak buku dan disimpan di dalam almari.

#SebarkanNurAlQuranNurAkhlakRasulullah

Assalamualaikum.

*اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎*

*PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS.*

*Larangan Memotong Kuku Peserta Korban.*

*عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ*

Dari Ummu Salamah RA, sesungguhnya Nabi SAW bersabda: Jika telah masuk sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya (sehingga selesai korban).” (HR Muslim No: 3655) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dilarang (makruh) menggunting rambut, mencukur, mencabut sebarang bulu di badan dan memotong kukunya bermula dari tarikh 1hb Zulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban tersebut.

2. Menurut Imam al-Nawawi larangan di dalam hadis ini bermaksud makruh memotongnya. Larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut sama ada mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut dan apa jua cara sama ada pada bulu ketiak, misai, bulu ari-ari, rambut atau bulu-bulu lain di bahagian anggota badan yang lain.” – Rujuk Kitab Syarah Muslim karya Imam al-Nawawi, jil. 13, ms. 138-139.

3. Bagi mereka yang sengaja mahupun tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada Allah. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).

Ibn Qudamah r.h berkata:

“Jika perkara itu berlaku, dia hendaklah segera beristighfar (memohon ampun) kepada Allah. Menurut ijmak tidak ada fidyah sama sekali, baik dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja.” – Rujuk Kitab al-Mughni karya Ibn Qudamah, jil. ms. 96.

4. Majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian mazhab Hanbali menyatakan makruh hukumnya memotong kuku atau rambut yang ada pada badan bermula 1hb Zulhijjah hingga ibadah korban dilaksanakan.

Bagi yang akan melaksanakan ibadat korban, berusahalah agar tidak memotong kuku atau rambut bermula dari hari esok sehingga ibadat korban dilaksanakan.
*12hb Ogos 2018M*
*30hb Zulkaedah 1439*

Fokus pada reda Allah.

Tulisan Syekh Thanthawi (Grand Syeikh Al Azhar Asy Syarif):

كُلُّنَا اَشْخَاصٌ عَادِيٌّ فِى نَظْرِ مَنْ لاَ يَعْرِفُنَا
Kita semua adalah orang biasa dalam pandangan orang-orang yg tidak mengenal kita.

وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ رَائِعُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَفْهَمُنَا
Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita.

، وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ مُمَيِّزُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يُحِبُّنَا
Kita istimewa dalam penglihatan orang-orang yang mencintai kita.

وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ مَغْرُوْرُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَحْسُدُنَا
Kita adalah pribadi yg menjengkelkan bagi orang yang penuh kedengkian.

، وَكُلُّنَا اَشْخَاصٌ سَيِّئُوْنَ فِى نَظْرِ مَنْ يَحْقِدُ عَلَيْنَا
Kita adalah orang-orang jahat di dalam tatapan orang-orang yang iri.

، لِكُلِّ شَخْصٍ نَظْرَتُهُ، فَلاَ تَتْعَبْ نَفْسَكَ لِتُحْسِنَ عِنْدَ الآخَرِيْنَ
Pada akhirnya, setiap orang memiliki pandangannya masing masing, maka tak usah berlelah lelah agar tampak baik di mata orang lain.

، يَكْفِيْكَ رِضَا اللّٰهُ عَنْكَ ، رِضَا النَّاسِ غَايَةٌ لاَ تُدْرَك
Cukuplah dengan ridha Allah bagi kita, sungguh mencari ridha manusia adalah tujuan yang tak kan pernah tergapai.

، وَرِضَا اللّٰهُ غَايَةٌ لاَ تُتْرَك ، فَاتْرُكْ مَا لاَ يُدْرَكْ ، وَاَدْرِكْ مَا لاَ يُتْرَكْ
Sedangkan Ridha Allah, destinasi yang pasti sampai,

Maka tinggalkan segala upaya mencari keridhaan manusia, dan fokus saja pada ridha Allah

Tajuk khutbah ..

Semalam ketika khatib menyebut bahawa tajuk khutbah kita ialah “Bagusnya LGBT”, semua para jamaah mengangkat muka mereka memandang tepat ke arah khatib.

Ada yang mendengus, ada memandang ke kanan dan ke kiri melihat jamaah yang lain dan tidak kurang pula yang seakan menjengilkan matanya untuk menakutkan khatib.

Tanpa rasa bersalah atau menunjukkan rasa takut, lalu khatib meneruskan khutbahnya dengan menyebut “LGBT” yang akan dibicarakan pada hari ini ialah *Lelaki Gagah Bangun Tahajjud*.

Kelihatan para jamaah tersenyum dan kembali menundukkan pandangan, lalu menyambung tidur…